Bedah siasat lima mangsa nahas helikopter di Ulu Baram selesai
Proses bedah siasat terhadap lima mangsa nahas helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang STOLport Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, telah selesai di Jabatan Forensik Hospital Miri. Punca kematian kesemua mangsa ialah kecederaan melecur teruk. Jasad mangsa belum diserahkan kepada keluarga kerana menunggu keputusan ujian DNA.