Prof Charles dilepas 21 tuduhan tuntutan palsu dana penyelidikan UMS
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini melepas dan membebaskan Prof Dr Charles Santhanaraju Vairappan daripada 21 tuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan dana penyelidikan hidupan marin Sabah. Hakim Jason Juga memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie selepas 26 saksi dipanggil, dan tertuduh tidak perlu membela diri. Wang jaminan dipulangkan dan pasport beliau dikembalikan.