Pemimpin PAS hadir PAU 2026, Nik Abduh yakin penyatuan umat Islam berjaya
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin utama PAS menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini bagi mendengar ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kehadiran itu adalah kunjungan balas selepas Setiausaha Agung UMNO menghadiri Muktamar Tahunan PAS di Pengkalan Chepa, Kelantan minggu lalu, dan dilihat sebagai isyarat kerjasama politik menjelang PRN Melaka. Ahli Dewan Negara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata ucapan Zahid memberi keyakinan bahawa penyatuan umat Islam mampu direalisasikan.