Jimmy Liong tewas kepada Shimabukuro di pusingan 16 Kuala Lumpur Cup
Jimmy Liong Kai Long tewas kepada remaja Amerika Tama Shimabukuro 12-10, 11-4 dalam pusingan 16 Leapmotor Kuala Lumpur Cup di The Hood pada Jumaat. Pemain No. 1 negara itu mengakui hilang fokus pada saat genting set pertama. Shimabukuro mara ke separuh akhir dan akan bertemu Wong Hong Kit dari Hong Kong.