Sambutan Hari Malaysia 2026 di BCCK Kuching pada 16 Sept
Sambutan Hari Malaysia 2026 akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak pada 16 September, menurut Kementerian Komunikasi. Program termasuk majlis kesyukuran pelbagai agama pada 14 September, majlis kesyukuran Muslim di Masjid Negeri pada 15 September, dan acara utama dengan pemotongan pulut kuning serta penandatanganan Buku Proklamasi Malaysia oleh Perdana Menteri, Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.