Malaysia pengerusi mesyuarat pertama menteri kesihatan ASEAN-AS
Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN-AS yang julung kali diadakan, dengan tumpuan kepada pengesanan awal, pemantauan genomik dan pendekatan One Health. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata mesyuarat itu memperkukuh sokongan kepada ACPHEED dan APHECS serta membimbing Pelan Kerja Kerjasama Kesihatan ASEAN-AS 2027-2030.