Pengambilalihan 51% Woodpeckers oleh Hextar Industries RM177.48 juta batal
Rancangan Hextar Industries Bhd untuk membeli 51% kepentingan dalam Woodpeckers Group Sdn Bhd bagi RM177.48 juta tunai tidak akan diteruskan. Perjanjian jual beli saham bersyarat yang ditandatangani pada 12 Feb 2026 luput pada 11 Sept 2026 selepas syarat duluan tidak dipenuhi dalam tempoh yang ditetapkan. Tawaran ini pertama kali diumumkan pada Februari dengan kemas kini pada Jun.