ADUN Meradong gesa strategi perkukuh industri limau Bintangor
Ahli Dewan Undangan Negeri Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, menyeru pelbagai strategi digerakkan bagi memperkukuh industri limau Bintangor di Sarawak. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baja kepada penanam limau di Pejabat Pertanian Daerah Meradong, Bintangor, hari ini. Beliau turut mencadangkan pembinaan jambatan menghubungkan Bintangor dengan Sungai Nyamok sebagai laluan alternatif.