iCafe Chinese Muslim Seafood di Kuching peroleh sijil halal
Restoran iCafe Chinese Muslim Seafood di Kuching, Sarawak, kini memperoleh sijil halal selepas kira-kira 20 tahun beroperasi dan setahun proses penambahbaikan. Pemiliknya, Muhammad Lukas Lim Abdullah, berharap pensijilan ini dapat meningkatkan keyakinan pelanggan, terutama umat Islam dari Semenanjung dan pelancong.