Kemalangan helikopter Long Lellang: bedah siasat selesai, keputusan DNA ditunggu
Bedah siasat ke atas kelima-lima mangsa kemalangan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Sarawak, selesai pada 7.30 malam semalam. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua lima mangsa meninggal dunia akibat kecederaan melecur teruk, dan polis menunggu keputusan DNA untuk pengesahan saintifik.