Lelaki lemas selepas terjun Sungai Perak untuk ambil bot hanyut
Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui lemas selepas terjun ke Sungai Perak di Batu 18, Kampung Kuchai, Bota Kiri dekat Parit, semalam. Mayatnya ditemukan terapung kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjun pada pukul 2 petang, selepas operasi mencari oleh JBPM Perak membabitkan 30 anggota dari BBP Seri Iskandar dan BBP Kampung Gajah.