Hakim Danish gagal tiket automatik Q2 di Misano
Pelumba Moto3 negara Hakim Danish Ramli terlepas tiket automatik ke Kelayakan 2 GP San Marino selepas catatan terbaiknya dipintas pada penghujung sesi latihan di Litar Misano. Beliau kini perlu melalui Kelayakan 1 esok untuk memburu tempat di Q2.