PETRONAS LNG meterai perjanjian induk jual beli dengan JOGMEC Jepun
PETRONAS LNG Ltd (PLL), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd, memeterai perjanjian induk jualan dan pembelian (MSPA) dengan Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC). Perjanjian itu dimeterai sempena Persidangan Pengeluar dan Pengguna LNG 2026 di Tokyo, Jepun, dan menyediakan kerangka kerjasama bekalan LNG masa depan sambil mengambil kira keperluan domestik Malaysia.