Pengamal perubatan tradisional bebas tuduhan bunuh pesakit dalam ritual
Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Che Hong Chiew, 55, daripada tuduhan membunuh Lim Sin Hue, 41, yang mendapatkan rawatan ritual pada 2022. Hakim mendapati beliau tidak siuman kerana skizofrenia ketika kejadian dan memerintahkan beliau ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta. Pendakwaan memfailkan rayuan.