Danish, Izzatul Musfirah bersedia harungi Sukan Asia 2026
Raja dan Ratu Pecut SUKMA Selangor 2026, Danish Iftikhar Mohammad Roslee dan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, bersedia membuat penampilan sulung di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Jurulatih Danish, Mohammad Roslee Ismail, berkata persiapan berada pada landasan yang ditetapkan, manakala Izzatul Musfirah yakin selepas menyertai beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Grand Prix Muscat 2026 di Oman.