Umno dakwa diugut selepas erat semula dengan PAS
Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendedahkan parti itu menerima pelbagai ugutan dan fitnah selepas memperbaharui hubungan dengan PAS. Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan parti pada pembukaan Perhimpunan Agung Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, yang dihadiri lebih 5,000 perwakilan.