Rosman Razak tidak bimbang prestasi Pearly-Thinaah menurun
Jurulatih beregu wanita negara Rosman Razak mengakui prestasi Pearly Tan-M Thinaah menurun sejak beberapa bulan lalu tetapi tidak menganggapnya sebagai punca panik. Beliau berkata tumpuan kini diberi untuk memulihkan keyakinan pasangan itu, terutama selepas Pearly kembali daripada kecederaan.