UMNO Kangar mahu rundingan gabungan dimaktubkan
Ketua UMNO Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, menuntut rundingan antara UMNO/BN dengan parti lain dimaktubkan dan 'diakadkan' bagi mengelak pengkhianatan. Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Ahmad Zahid dalam ucapannya mempersoalkan pertukaran nama Kerajaan Perpaduan kepada Kerajaan Madani.