Dua ditahan kes curi kabel di Penampang
Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 20 dan 37 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes curi kabel berhampiran Kampung Sugud, Penampang, awal Jumaat. Kedua-duanya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 431 Kanun Keseksaan.