Dua maut kereta bertembung dengan pikap di Jalan Gambang-Maran
Dua lelaki maut selepas kereta Honda Civic yang dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung dengan Toyota Hilux di Jalan Gambang-Maran, berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan, Tasik Paya Bungor, Kuantan. Pemandu Honda Civic, Muhammad Daniel Haiqal Abdullah, 17, dan penumpangnya Mohd Sharul Sufriyanto, 40, meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.