Mahkamah tetapkan 15 hari perbicaraan bekas Ketua Angkatan Tentera mulai 26 Julai
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur telah menetapkan 15 hari mulai 26 Julai tahun depan untuk perbicaraan bekas Ketua Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, yang menghadapi empat pertuduhan penyalahgunaan kedudukan dan pecah amanah jenayah membabitkan RM3 juta. Pertuduhan itu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan dana Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) membabitkan kontrak bekalan bungkusan Hari Raya 2024. Mahkamah juga menetapkan 28 Okt untuk sebutan lanjut bagi memantau representasi pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara.