Lelaki 31 tahun ditahan dipercayai bunuh ibu di Tambunan
Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan polis kerana disyaki membunuh ibunya, 56 tahun, di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, Tambunan, Sabah, semalam. Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan dipercayai disebabkan senjata tajam, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.