Tourism Malaysia perkukuh promosi di Arab Saudi menjelang VM2026-2027
Tourism Malaysia mempergiat promosi pelancongan di Arab Saudi melalui program jaringan industri di Riyadh, susulan sesi di Jeddah pada Julai lalu. Pengarah Tourism Malaysia Jeddah Zaidi Kassim berkata Arab Saudi kekal pasaran penting, dengan 17,302 pelancong dari negara itu direkodkan antara Januari dan Jun 2026. Beliau menegaskan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim akan terus dipromosikan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026-2027.