Kontinjen Para Sukma Sabah dipuji selepas raih 69 emas di Selangor
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengucapkan tahniah kepada atlet para negeri itu kerana menduduki tempat kedua keseluruhan di Para Sukma di Selangor. Kontinjen itu meraih 69 emas, 51 perak dan 45 gangsa serta memecahkan 18 rekod baharu, melepasi sasaran 66 emas. Menteri berkata keputusan itu membuktikan program pembangunan sukan para negeri berada di landasan betul.