Ibu terkilan bekalan ayam masak sambal tidak sempat dimakan anak yang maut di Bukit Kelicap
Seorang pemuda berusia 29 tahun maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah lori yang terbabas di Kilometer 116 Jalan Johor Bahru-Melaka dekat Bukit Kelicap, Batu Pahat, kira-kira 7.30 pagi semalam. Ibunya, Samsiah Kassan, 67, berkata bekalan ayam masak sambal yang disediakan untuk arwah masih dalam keadaan baik. Pemandu lori berusia 47 tahun cedera di pinggul dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.