4,646 kes keganasan rumah tangga Januari-Julai, Johor catat 823
Sebanyak 4,646 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Julai tahun ini, dengan Johor mencatat 823 kes berbanding 518 kes dalam tempoh sama 2025. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying berkata usaha pencegahan dan akses bantuan perlu diperkukuh, termasuk perkhidmatan PRISMAnita dan Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam. Beliau berkata demikian pada pelancaran Program Advokasi Kesejahteraan Aku Wanita @ Keganasan Rumah Tangga dan Hari Terbuka PRISMAnita Johor 2026 di Seri Alam.