Polis Kajang cari dua lelaki rempuh MPV selepas gagal diperiksa
Polis Kajang sedang mengesan dua lelaki yang melarikan diri selepas cuba diperiksa anggota MPV di Jalan Semenyih berhampiran lampu isyarat Kajang Prima petang semalam. Kereta Proton Wira hijau itu melanggar sebuah Perodua Ativa sebelum merempuh MPV polis, menyebabkan kerosakan pada pintu hadapan kanan MPV tanpa sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai tampil membantu siasatan.