Maans: Sabah perlu jadi pemain geopark, bukan pemerhati
Presiden Maans, Murug Vinangun Shalmon Sanangan, berkata Sabah perlu menjadi pemain utama dalam rangkaian geopark antarabangsa dan bukan sekadar memerhati perkembangannya. Beliau berkata penyertaan Sabah dalam Simposium Rangkaian Geopark Asia Pasifik ke-9 2026 di Langkawi adalah peluang strategik untuk membina hubungan antarabangsa melalui komuniti, warisan orang asal, budaya dan pemuliharaan. Beliau turut berkata Sekolah Adat Anak Negeri Sabah akan menambah subjek Geopark Global.