Selangor catat RM70 bilion pelaburan diluluskan setakat Jun, sasar RM80 bilion
Selangor merekodkan RM70 bilion nilai pelaburan diluluskan setakat Jun tahun ini, dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan sebagai penyumbang terbesar. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata kerajaan negeri yakin mencapai sasaran RM80 bilion dalam beberapa bulan akan datang. Beliau berkata demikian selepas merasmikan kilang dan pusat kerja pusat syarikat kenderaan logistik Steelbro di Telok Gong, Port Klang.