Brundo jaringan minit ke-96, Penang FC atasi Kelantan Red Warrior 3-2
Penang FC mencatat kemenangan pertama di laman sendiri dalam Liga Super selepas menewaskan Kelantan Red Warrior FC 3-2 di Stadium Bandaraya, Georgetown. Kapten Stefano Brundo menyempurnakan tandukan pada minit ke-96 untuk mengesahkan tiga mata penuh.