Tiada pelajar Malaysia terjejas jerebu Indonesia setakat ini, kata Zambry
Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abd Kadir berkata tiada pelajar Malaysia di Indonesia melaporkan masalah kesihatan akibat jerebu Kalimantan setakat ini. Kementerian akan terus memantau melalui pejabat Education Malaysia di sana, termasuk kemungkinan penutupan universiti jika keadaan bertambah buruk. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur.