Lo Khere Chiang tubuh Neighborhood Watch untuk penduduk Batu 6
Penduduk Batu 6 di Kuching digalakkan menyertai kumpulan Neighborhood Watch bersama polis, RELA dan pemimpin masyarakat untuk meningkatkan keselamatan. ADUN Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang berkata kumpulan itu membolehkan jiran saling memberi maklumat dan melaporkan aktiviti mencurigakan tanpa bertindak sendiri. Inisiatif ini diumumkan pada program dialog komuniti di Choon Foh Kopitiam, Capital Garden.