Pentarama Merdeka@HoHo tarik lebih 4,000 pengunjung di tiga lokasi ibu negara
Program Pentarama Merdeka@HoHo yang diadakan di Dataran Merdeka, Sungei Wang Plaza dan Pavilion Bukit Bintang menarik lebih 4,000 pengunjung tempatan dan pelancong asing. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Erwin Khairul Ahmad berkata program itu bertujuan menyampaikan mesej patriotisme dan perpaduan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.