Judy Stephen jadi wanita pertama tuai rumah longhouse Sera berusia 130 tahun
Judy Stephen, 60, dilantik secara rasmi sebagai tuai rumah sebuah rumah panjang di Sera, Sebauh, Sarawak pada 1 Julai, menjadikannya wanita pertama mengetuai penempatan Iban berusia 130 tahun itu. Beliau menggantikan bapa saudaranya TR Jack Sigie sebagai ketua ke-10 komuniti yang berakar daripada penghijrahan Iban dari Ulu Skrang pada zaman Rajah Charles Brooke.