KLFF dan Luna Lights Wonderland di Kuching dibuka semula selepas jerebu reda
Kuching Lights & Floral Festival (KLFF) dan Luna Lights Wonderland dibuka semula kepada orang awam di Kuching hari ini. Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata pembukaan semula itu susulan keadaan jerebu di bandar raya itu yang menunjukkan penurunan berbanding dua minggu lalu. Pengunjung dinasihatkan memakai pelitup muka, membawa air minuman dan memantau bacaan kualiti udara sebelum berkunjung.