Fahmi, Dr Taufiq sertai Larian Merdeka Kelab Media Prima di Balai Berita
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari menyertai Larian Merdeka Oxyenergy Kelab Media Prima 2026 di Balai Berita, Kuala Lumpur. Acara itu menawarkan kategori 3.5km dan 5.5km dengan Oxyenergy Health Sdn Bhd sebagai penaja utama. Fahmi berharap lebih banyak syarikat sekitar Jalan Riong dan Jalan Bangsar menyertai edisi akan datang.