Mayat nelayan hilang ditemukan 400 meter dari Pulau Batu Layang
Seorang nelayan yang dikhuatiri lemas sejak kelmarin ditemukan mati kira-kira 400 meter dari Pulau Batu Layang, Kangar, pagi tadi. Mayatnya dijumpai oleh abang iparnya sendiri selepas operasi mencari dan menyelamat diaktifkan semula. Mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.