Star City seri 1-1 dengan Terengganu di Kangar
Star City FC seri 1-1 dengan Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar. Douglas Oliveira menjaringkan gol Star City pada minit ke-55 sebelum Romel Morales menyamakan kedudukan untuk Terengganu pada minit ke-77. Pengendali Star City, Mehmet Durakovic, terkilan kerana pasukannya terlepas tiga mata penuh.