Remaja 15 tahun maut dipercayai jatuh dari tingkat sembilan pangsapuri di Presint 5
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Presint 5, Putrajaya, semalam. Polis menerima panggilan pada 10.33 malam dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara punca kejadian masih disiasat.