API Lubok Antu 201, satu-satunya stesen Sarawak dalam kategori sangat tidak sihat
Pada 9 pagi 13 September, Lubok Antu merupakan satu-satunya stesen di Sarawak yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) sangat tidak sihat iaitu 201. Serian, Sri Aman dan Betong turut mencatat bacaan tidak sihat, manakala kebanyakan stesen lain sederhana dan Bario kekal baik. Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar.