AWL Agri Business Ltd, pengimport minyak sawit terbesar India, berkata ia akan terus mendapatkan kira-kira 70 peratus daripada 1.5 juta tan import minyak sawit tahunannya dari Malaysia. Pengarah urusannya Shrikant Kanhere memberitahu Bernama selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di New Delhi bahawa syarikat itu juga sedang meneroka eksport barangan pengguna berjenama ke Malaysia.