Gereja St Margaret's di Stampin terima geran UNIFOR RM600,000
ADUN Kota Sentosa Yap Yau Sin menyerahkan cek RM600,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama Lain Sarawak (UNIFOR) kepada Gereja St Margaret's di Stampin, Kuching. Beliau berkata geran itu mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak menyokong semua rumah ibadat dan pembangunan komuniti inklusif.