JPJ Kapit tahan dua lori balak di Jalan Kapit–Mujong
Dua lori balak ditahan dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan oleh Unit Operasi JPJ Kapit di sekitar Jalan Kapit–Mujong, Sarawak. Pemeriksaan menemui kesalahan seperti membawa muatan secara berbahaya dan bunga tayar yang menipis. Operasi itu dibuat susulan aduan orang awam mengenai aktiviti lori balak di kawasan tersebut.