Unibet bawa empat pendaki untuk LTdL 2026
Pasukan ProTeam Perancis Unibet Rose Rockets menghantar enam pelumba, termasuk empat pendaki, untuk Le Tour de Langkawi 2026 yang bermula 27 September. Barisan diketuai Cedrik Bakke Christophersen itu disasarkan mampu bersaing di tiga pendakian ke puncak iaitu Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands.