Jenazah lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara diserahkan kepada keluarga mereka di Hospital Miri pagi ini selepas pengesahan identiti melalui analisis DNA. Nahas berlaku di Long Lellang, Ulu Baram, pada Selasa. Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kementerian menyelaras penghantaran jenazah ke Kelantan, Sarawak dan Negeri Sembilan untuk dikebumikan.