Sanusi: Pertemuan PAS, Umno Kedah cuma sembang santai, soal kerusi diputus PAS Pusat
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkata pertemuan pimpinan PAS dan Umno Kedah tidak lama lagi hanyalah perbincangan santai mengenai perkembangan politik semasa. Beliau menegaskan sebarang keputusan mengenai pengagihan kerusi tertakluk sepenuhnya kepada PAS Pusat dan Perikatan Nasional, bukan di peringkat negeri. Sanusi sebelum ini mengesahkan akan bertemu Ketua Umno Kedah Mahdzir Khalid dan bekas menteri besar Ahmad Bashah Md Hanipah.