6,580 PMKS naik taraf perniagaan, KUSKOP sasar 10,000 tahun ini
Sebanyak 6,580 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berjaya meningkatkan skala perniagaan mereka setakat ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong. Beliau berkata KUSKOP menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 PMKS naik taraf tahun ini, disokong tambahan RM1 bilion pembiayaan mikro kredit yang menjadikan jumlah keseluruhan RM6 bilion. Di Pulau Pinang, RM737 juta telah disalurkan kepada hampir 6,000 usahawan.