Suami Dr Ainul Baraah ucap terima kasih atas bantuan urus jenazah
Suami Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Kelantan atas bantuan menguruskan jenazah isterinya. Jenazah Dr Ainul Baraah, salah seorang daripada lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Baram, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper selepas solat jenazah di Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa.