Warga emas 78 tahun hilang di kebun durian Selangau ditemui selamat
Seorang lelaki berusia 78 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun durian berhampiran Jambatan Sungai Duat di Selangau, Sarawak ditemui selamat hari ini. Mangsa, Kaya Umbie, keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi semalam dan tidak pulang, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis. Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangau yang memulakan operasi mencari dan menyelamat mendapati mangsa telah ditemui penduduk rumah panjang sebelum dibawa ke Klinik Selangau untuk pemeriksaan.