Agrobank catat potensi pembiayaan mikro RM600,000 di Fiesta Pasar Malam KL
Agrobank merekodkan potensi pembiayaan mikro bernilai RM600,000 menerusi penyertaan dalam Fiesta Pasar Malam Kuala Lumpur. Sepanjang fiesta itu, bank berkenaan turut mencatat penyertaan Takaful Kasih Plus dengan perlindungan sehingga RM1.09 juta, manakala keseluruhan program libat urus di pasar tani seluruh negara menghasilkan permohonan pembiayaan mikro kira-kira RM13.5 juta.